Thursday 16 February 2012

Kahwin Cepat-Cepat

Sebut pasal kahwin, nikah, berlaki, berbini semua orang nak. Tanyalah siapa siapa pun. Si mamat, Berahim, Deraman, Jusoh, Ani, Lijah, Jenab atau Wok sekalipun siapa-siapa sahaja kepingin mahu kahwin. Kahwin itu suatu perkara yang seronok. Bayangkan betapa seronoknya bila dah ada suami atau betapa seronoknya bila dah ada isteri. Perasaan memiliki dan dimiliki itu. Seronoknya suami isteri ini batasnya amat jauh yang boleh kita rasai selagi yang dibenarkan agama.


Dengan berkahwin kita akan ada teman yang halal untuk melakukan segala-gala, dari makan, tidur, berjalan-jalan, tengok wayang, piknik dan sebagainya. Bayangkan kalau sebelum ini kita pergi ke pekan atau bandar seorang diri ataupun dengan kawan-kawan, kita mungkin seronok dengan kawan-kawan ketika itu, apabila di rumah kita seorang diri.

Berbeza apabila kita berkahwin, kita boleh berjalan-jalan bersama 'si abang' atau 'si ayang'  ke mana sahaja bila bila masa yang kita sukai hatta pukul 4 pagi sekalipun, dan apabila berjalan pegang tangan pula, terus dapat pahala. Seronok kan? Itu baru pegang tangan.

Apabila berkahwin juga, akan ada orang yang sentiasa bersama kita waktu senang, susah, kacak, buruk, selekeh, tak cun (bangun tidur esp.), kaya, pokai, gembira, duka dan sebagainya. Bayangkan kalau sebelum ini kita bangun tidur, buka mata, benda pertama yang kita lihat bantal bucuk atau teddy bear di sebelah kita.

Tapi selepas kahwin, keadaannya berbeza. Apabila bangun tidur, kita akan dapati ada seorang manusia  yang istimewa di sebelah kita iaitu suami atau isteri kita. Waktu itu bolehlah kita tenung wajahnya puas-puas dan menyedari bahawa betapa 'cute'nya muka suami/isteri kita.


Selain itu, bila sahaja kita kahwin adanya isteri atau suami yang akan mengimbangi kekurangan diri kita, seterusnya melengkapkan diri kita untuk menjadi seorang yang kuat dan bersemangat. Suami isteri yang bersikap bertentangan adalah yang terbaik. Contoh, apabila seorang suami penyabar, selalunya akan dapat isteri yang garang seperti singa. Dalam masa yang sama isteri akan terjangkit lalu terdidik sifat sabar. 

Dengan berkahwin juga. kita akan dapat lagi bonus iaitu PELUKAN dan CIUMAN dari si dia. Dua perkara ini adalah anugerah untuk orang yang berkahwin sahaja! Melalui pelukan dan ciuman jiwa kita akan sangat rileks, tenang dan gembira, malah jika selalu diamalkan akan menjadi awet muda dan berseri-seri!

Bayangkan apabila si abang sedang bersiap ke tempat kerja, si isteri tolong memakaikan tali leher untuk si abang. Si isteri mengambil tangan si abang dan menciumnya. Si abang pula membalasnya dengan ciuman  dahi isterinya tanda cinta dan sayang yang tidak terhingga . Seronok kan? 

Yang terakhirnya, dengan berkahwin kita akan dapat zuriat. Jika berkahwin adalah 10 kali ganda bahagia daripada bercinta, memiliki seorang anak pula akan memberi lebih lagi kebahagiaan kepada kita. Kita akan dapat kepastian yang tidak berbelah bahagi tentang kasih sayang dan kesetiaan suami/isteri kita. Kalau bercinta, hakikatnya kita belum pasti dia betul-betul setia selagi dia tidak mengahwini kita.

Pendek kata, apabila kita telah cukup kemampuan baik dari segi zahir mahupun batin, dan mempunyai keinginan untuk berkahwin, jangan tunggu semakin lama lagi. Kahwin cepat-cepat!

1 comment:

  1. hehe memang bahagia bila berkahwin, akak pon kahwin awal, bahagia bila ada orang menjaga kite, menyayangi kita, dan segala-galanya lah, i love my incik hubby :)


    p/s: apa nama lagu theme blog ni? best la, bls kt blog akk ye dik :)

    ReplyDelete