Thursday 13 June 2013

Sayang Promoter

Episod 1

"Hai... Selamat pagi cik.."

"Selamat pagi, boleh saya bantu"

"emm....saya datang nak minta kerja dengan kawan saya ni, saya tengok memo nak cari part time promoter kat bawah tu"

"owh...boleh-boleh. Isi borang ni dulu. Kamu nak minta kerja part-time ya. Cuti belajar ye?

"Ya cik cuty belajar.."

"Bila nak start dan sampai bila kamu boleh kerja.
Department pakaian baby perlukan promoter. Kawan kamu jadi promoter kat situ boleh.?.dan kamu..... kamu jadi promoter department pakaian perempuan, ok????"

______________________________________________________________________
Pagi itu jam 8:60 pagi, seekor kuda tua parking di tepi Emporium Besar. Di tepinya kuda-kuda yang baru yang masih muda dan ganteng sekali. Kuda tua itu sangat berjasa pada tuannya. Tanpa ia dificult untuk tuannya sampai di situ. Syukur alhamdulillah kepada ilahi.

"sham,Jumpa rehat nanti yer"

"ok"

Aku naik ke tingkat 3 Emporium. Aku mencari bahagian pakaian perempuan seperti yang disuruh oleh cik mek molek tadi..Sampai di suatu kaunter,  seorang perempuan sedang memanggilku sambil tangan beliau terlambai-lambai

"awak,awak, awak part time promoter USON baru kat sini kan. Situ kawasan awak,sini kawasan saya" Perempuan yang aku rasa macam pernah nampak je itu menunjukkan kawasan yang kena aku 'jaga" sepanjang aku berkerja di situ lah.




"awak! promoter awak kerja shif petang harini, jadi awak kena cover pagi ni"

"Ok Kak, tapi part-time promoter Uson tu benda ape?"

Perempuan itu ketawa apabila aku tanya soalan tu. Entah kenapa. "kau kena sawan ke?" Tanyaku kepadanya dalam hati.
------------------------------------------------------------------------------------
"akak, saya partime baru kat sini.Akak promoter kat sini kan?"

"ya..panggil saya Chah je, tahu tak apa kerja awak. ala senang je. awak ambil bulu ayam ni, sapu baju-baju kita tu. berdebu la."

"ok Kak Chah"

Rupanya Seronak juga kerja partime promoter ni . Ingatkan kena promote baju. Rupanya sapu baju berdebu je. Sambil menyapu debu aku lihat macam-macamlah baju perempuan. hmm..perempuan memang banyak baju ka?mcmne lak kawanku yang kerja bahagian baby tu??hmmm

"Abang, seluar ni saiz M ada x.?besarlah saiz L ni". Alamak.

"kejap ya abang tengok..."
"try yang ni..saiz M ni"

"Nad, ok dak mu tengok." Budak perempuan itu memperagakan fesyen di depan kawannya dan juga aku. kawannya Nadiah kot.   Aduh. 

"try pakai la dikk. kat dressing room tu"

beberapa jam....

"dah ok abang. ambil yang saiz S tadi lah..heeeeee"

"Oklah dik, mari nak buat resit. bayar kat kaunter yer ." 

Hari pertama kerja sebagai promoter.

Sunday 12 May 2013

Masalah itu sebenarnya….


Setiap manusia ada masalah. Kecil mahupun besar, tapi, bagaimana kita hadapi masalah itu?. Soalannya juga kenapa masalah itu selalu hadir dalam hidup kita? Kita rasa sesak dengan masalah. Kita rasa susah dan gelisah. Hidup kita jadi huru-hara dengan masalah. Mengapa masalah perlu ada? Masalah menguji kita agar bersabar. Masalah menyuruh kita cari penyelesaiannya. Masalah mengajar kita hidup yang sebenar. Paling penting masalah merapatkan kita dengan Allah. 



Setiap masalah perlulah diajukan semula kepada Allah kerana Allah jualah yang akan memudahkan kita menghadapinya dan Allah jualah yang akan menunjukkan kita jalan penyelesaiannya. Tanpa Allah, semua masalah akan jadi payah dan merumitkan. Kemungkinan juga masalah yang kita hadapi tiada jalan keluarnya. Seterusnya, masalah itu membebankan jiwa dan mengakhiri nyawa. 

Seorang hamba yang mengaku Allah sebagai tuhan sekalian alam akan menceritakan masalahnya hanya kepada Allah. Allah maha kuasa atas tiap sesuatu tidak kira yang kecil mahupun besar. Hatinya yakin Allah akan menolongnya dan mengeluarkan dirinya dari masalah yang sedang dihadapi. Secara automatik, mindanya terbuka cara menyelesaikan masalah itu dan tanpa dia sedar masalah itu telah diatasi dengan sendiri. 

Masalah perlu dihadapi dengan tenang dan jangan menyangka yang bukan-bukan. Setiap masalah pasti ada cara penyelesaiannya. Cuma kita belum nampak dengan jelas. Berdoalah kepada Allah agar menolong kita keluar dari masalah yang dihadapi. Yakin kepada Allah sahaja dan apabila jalan telah terbuka, berusahalah untuk menghilangkan masalah itu. 

Ingatlah masalah adalah rencah hidup. Ia ibarat garam dalam masakan yang menyedapkan hidangan. Tanpa masalah kita tak kan mengenal diri kita dengan lebih dalam, tanpa masalah kita tak tahu bahawa Allah menyayangi kita dan tanpa masalah kita tak mungkin dapat menikmati kebahagiaan menyerah diri kepada Allah. Masalah sebenarnya mematangkan kita menghadapi masa depan.