Friday 23 December 2011

Guru Yang Disukai

 "Semua bangun!!! 
Selamat pagi cikgu!"

Tiba-tiba ketua kelas melaung kata-kata  keramat itu. Seorang guru yang badannya agak tegap masuk ke kelas, penampilannya begitu menarik sekali. 


"murid-murid, Hari ini cikgu nak latih kamu membaca. Cikgu tulis di papan hitam kamu bacaya".

Kemdian guru itu pun mengambil sebatang kapur lalu menulis di papan hitam.

"cikgu suka main bola hari-hari cikgu main bola"
""cikgu suka main bola hari-hari cikgu main bola"
"""cikgu suka main bola hari-hari cikgu main bola"
dan kesudahannya...




Guru. Masihkan ingat kepada seseorang yang kita panggil sebagai cikgu ? Semasa kita berada di bangku sekolah? 

Untuk menjadi seorang guru yang baik, kita perlu disenangi tidak hanya oleh rakan-rakan dalam bilik guru tapi juga 'rakan' dalam bilik darjah. dan apabila disenangi, murid-murid akan minat terhadap guru itu. Kemudian minat kepada apa yang diajarkannya. Seterusnya dapat meningkatkan prestasi pelajaran mereka. Jadi, cikgu bagaimana yang anda suka. 

Cikgu yang masuk kelas menyuruh buka buku dan mengajar. Cikgu yang suka bagi kerja rumah, Cikgu yang garang atau bagaimana? Atau cikgu yang tidak masuk-masuk kelas.

Bagi saya, saya meminati cikgu yang kelakar dan suka berjenaka. Saya percaya ramai antara kita juga begitu. Guru yang boleh membuat jenaka secara spontan amat saya kagumi sekali. Semasa dalam pengajarannya diselitkan cerita-cerita berkenaan pengalaman dirinya, peristiwa-peritiwa, dan sebagainya sambil membuat murid-murid terpegun. Itulah guru yang baik pada saya. 

Dan ini secara langsungnnya membuat murid-murid tidak berasa bosan dan kering gusi apatah lagi subjek yang diajar amat 'berat" sekali. dan jika saya ditakdirkan menjadi guru, saya amat berharap saya boleh menjadi seorang guru yang begitu kerana ketika dahulu saya suka guru begitu dan sekarang saya mahu jadi begitu. Itulah guru kesukaan saya.