Friday 18 April 2014

Bahagia sampai syurga

Assalamualaikum, sudah lama benar rasanya saya tidak mengemaskini blog. Semenjak dua menjak ini sebenarnya agak sibuk dengan kerja-kerja sebagai seorang pelajar ditambah pula dengan urusan dunia yang tidak berkesudahan itu. huhu. Sampai tiada masa yang sesuai untuk menulis sesuatu di sini. Nah kali ini saya ingin coretkan sesuatu. 

Minggu lepas saya telah ke Johor untuk satu program persatuan. Dalam perjalanan itu, di sebuah stesen R & R, selepas selesai solat zuhur saya ke restoran berdekatan. Maklumlah...laporrr.hehe.  Ditakdirkan bertemu dengan sepasang suami isteri yang sangat romantik. Berdua berpimpin tangan dan seiring dan sejalan. Saya asyik melihat mereka sahaja dan sampai tiba-tiba mereka menegur saya.





"Assalamualaikum, anak muda nak kemana, kenapa tengok pakcik macam tu, pakcik ada buat silap ke?" . Tegur mereka.

"Waalaikumussalam, eh tak adalah pakcik, saya suka melihat pakcik dan makcik berdua, romantik dan sangat serasi." Jawab saya sambil rasa bersalah pula.

"Ada saje, tidaklah mari sini duduk boleh juga kita berbual-bual sambil tunggu bas. Anak dah kawin?

"eh, belum lagi pakcik, jauh lagi perjalanan. Kalau saya dah kawin nanti teringin nak jadi seperti pakcik dan makcik sangat serasi."

"Boleh nak, pakcik dulu seperti yang lain juga. Pernah 3 kali putus cinta, bila pakcik lihat pada diri apa yang tak kena dengan pakcik ini sehinggakan berkali-kali putus cinta. Ayah pakcik nasihatkan bila mencintai seseorang itu biarlah kerana Allah kerana ianya sebaik pencintaan. Pakcik dah kawin dengan makcik hampir 45 tahun, selama itu kami jalani asam garam dalam kehidupan hidup kami berdua."

"Macam mana pakcik dan makcik boleh bertahan pada waktu yang lama itu?"

"Apa yang penting adalah cinta dia kerana Allah maka Allah akan lindungi kamu berdua. Jadikan agama itu sebagai teras utama dalam perkahwinan. Jika ada salah faham maka bermusyawarahlah berdua, duduk sama-sama berbincang baik-baik. Kalau ada rasa tak puas hati gunakan masa yang sesuai, contohnya makcik dulu kalau tak puas hati cara pakcik, makcik  akan bagitahu semasa pakcik sedang bahagia ataupun dia  sudah kenyang."Jawab makcik itu.

Saya tersenyum...

Kata pakcik itu. Dalam berkahwin terlalu banyak masalah yang akan timbul, sebagai seorang lelaki dan suami kita harus bijak dalam mengatasi segalanya dan bijak dalam membuat keputusan. Jangan terlalu mengikut emosi tetapi jadikan agama itu sebagai teras hidup kita dan panduan dalam kehidupan. Walaupun usia perkahwinan sudah bertahun buatlah pasangan itu seperti baru kawin, memberikan pujian , berkasih sayang dan sebagainya.

"Alhamdulilah pakcik, apa nasihat pakcik pada orang muda sekarang ini dan kepada diri ini juga yang masih mencari-cari.hehe?

"Nasihat pakcik, anak muda semua kawinilah seseorang itu kerana agamanya, kalau dapat yang cantik macam makcik nie memang satu bonus dan jangan terlalu mendedahkan hal ehwal keluarga pada orang luar. Simpanlah ia selagi ianya tidak bertentangan dengan agama. Jadilah isteri yang bertanggungjawab dan menjaga  aib suami dan keluarga, maka untuk suami, pandulah kehidupan isteri dan anak-anak berteraskan agama Islam maka selamat dunia dan akhirat.

"Alhamdulilah pakcik makcik terima kasih kerana berkongsikan tipsnya, pakcik tu bas dah sampai."

Begitu terpegun saya mendengar nasihat pakcik dan makcik itu, 45 tahun usia perkahwinan mereka. Betapa hebatnya mereka, seronok melihat mereka hidup bahagia dan sayang menyayangi antara mereka. Semoga Allah mengirim 'dia' yang boleh menjadi teman dikala duka, kawan semasa gembira, penyejuk mata dan penawar hati. Aamin ya Allah. 

Bahagia sampai syurga :)


                                    

No comments:

Post a Comment