Monday 6 February 2012

Bumi Itu Bulat

"Bumi itu bulat" kata sepupuku.

Kelmarin aku dan family besar yang merangkumi keluarga aku, keluarga sebelah bapa saudaraku, keluarga sebelah ibu saudaraku, sepupu sepapan, cucu cicit cuek dan cottek, orang tua-tua berpengalaman, sahabat handai dan beberapa orang kampung serombongan telah ke Dungun Darul Terengganu. Tujuannya satu. Merisik bunga di Taman Mak Lijah.

Perjalanan melalui jalan pantai mengambil masa satu jam setengah untuk sampai ke Kampung Mak Lijah, Dungun. Presiden keluarga aku merangkap ketua keluarga memandu kereta dari KTrengganu hinggalah sampai ke Dungun membuatkan aku hanya duduk bermegah-megah  dalam kereta. Sesekali Mak aku dan adik-adikku yang duduk di bahagian belakang 'bertumbuk' membuatkan suasana dalam kereta riuh rendah.

Dua belas buah kereta menuju ke rumah pihak perempuan dengan kereta sepupu aku yang akan bertunang berada di hadapan sebagai Imam. Teruja benar dia.


Kira-kira jam 11, rombongan sampai. Beberapa orang cewek kelihatan membawa beberapa dulang berisi hantaran yang salah satunya kain batik. Keluarga pihak perempuan mempelawa pihak lelaki masuk ke dalam rumah dengan tertib sekali. Adat orang Melayu memang bersopan santun. Setelah selesai bacaan doa, acara yang dinanti-nantikan tiba iaitu makan. Aku yang ketika itu duduk bersebelahan dengan sepupu yang bertunang cuba mengusiknya sambil berharap agar tidak ditumbuk olehnya.

"Sedaplah mung ekgi,
"Gane mung buleh jupe nge yer,mu kije Kuantan kang"? aku tanya kepada sepupu.

Dengan simple dan sweetnya dia menjawab
"Bumi itu bulat". Sambil menunjukkan isyarat tangan bulatnya.

Aku mengiyakannya sambil tersenyum. Aku pelawa dia yang  agak kemalu-maluan itu. Aku ajak dia dia ajak aku. Kami pun ke meja makan. 



Dalam perjalanan balik giliran aku pula memandu selaku Naib Presiden keluarga. Oleh kerana masa masih awal, sempatlah singgah di Pantai Batu Buruk. Apa-apa pun aku mendoakan sepupu dan pasangannya itu akan berbahagia apabila menjadi suamistri yang sah nanti!amin...

No comments:

Post a Comment