Thursday 21 June 2012

Aku dari Indonesia

Entah kenapakah. Bas yang aku naiki dipandu laju..  Dari lagu jiwang, anak kampung, Mat Salleh hinggalah lagu klasik. Tidak terkecuali lagu balik kampung dan lagu raya. Hati memang melonjak riang tidak sabar mahu sampai ke kampung. Bayang-bayang orang tersayang terpapar dan kedengaran di persada hati. 

Bas berhenti. Rupanya sudah sampai di Hentian Putra. Lampu bas dibuka. Di saat itu baru aku sedar rupanya bas ini hanya ada 8 penumpang sahaja. Dalam cahaya samar bas itu, kelihatan seorang demi seorang naik ke dalam bas dan mencari tempat duduk masing-masing. Kelihatan seorang Pakcik sedang mencari tempat duduk. Aku mengalihkan beg yang berada di atas seat di sebelahku lalu di letak di bawah. Harap dia faham.

Tiba-tiba seorang pakcik kelihatan seperti bukan dari planet Malaysia naik dan terus duduk di sebelah aku.



"Mau kemana Bang??" Tanya pakcik itu.

"Kuala Terengaanu." Balas ku dengan tulus mulus dengan melemparkan senyuman paling manis.

Lampu dalam bas dibuka terang ketika itu. Baru aku sedar rupanya orang sekeliling sedang memandang dan ada yang memandang langsung dan ada yang memandang secara jeling-jeliing. Setelah mengamati, aku mengagak mereka sedang memerhatikan gelagat pakcik yang berada di tepi aku ini. Ya.penampilannya begitu selekeh sekali. Gayanya macam urang gila dengan rambut yang menggerbang itu ditambah dengan gayanya seperti seorang malim kundam. Dari mula masuk smapai duduk di sebelah aku dia memandang keadaan sekelilng seperti tarzan masuk bandar. Tapi itu bukan bermakna dia tidak baik. Aku kesian melihat keadaannya. 


Lampu bus ditutup. Gelap. Pakcik itu masih lagi dengan gelagatnya memerhatikan keadaan sekeliling seperti ada yang tidak kena.

"Bang mau kemana?"
"Ke Kuala Terengganu." Balasnya.

"Kuala Terengganu kat mana bang??". Tanyaku lagi.
"Kat Wakaf tapai kerja di situ". 

"Bang dari indonesia ya?"Aku ingin kepastian.
"Iyaa,, dari Indonesia  Jawa Tengah datang sini mau kerja di Wakaf Tapai. Buat bangunan." 

"Ye ka....Kuala Terengganu dengan Wakaf Tapai tu taklah jauh sangat bang
Dekat jer tu ".

Dia mengangguk.

"Dah Kahwin belum??"

"Dah..ada seorang bini dan seorang anak masih sekolah. sekolah kat sana mahal sangat.
Dulu saya dah datang sekali berkerja di Malaysia. Biasa bila dapat upah saya hantar kat keluarga 1000 ringgit. Itu pun tak cukup untuk anak bini.  Kalau Bangla tu dia kirim 300-400 ringgit untuk dua orang, seorang isterinya dan seorang bini simpanannya." Ujarnya panjang lebar.

Aku tersenyum.
---------------------------------------------------------
Aku tersedar dari lelap. Aku lihat dia sedang memeluk erat tubuhnya. Tangannya dimasukkan ke dalam lengan baju sambil melipat kaki ke atas tempat duduk. Ya,.keadaan dalam bas sejuk sungguh. Dia terjaga dan memberitahu aku,

"Sejuk bisa mati aku". 

Aku sekali lagi tersenyum.

"Tak bawak kain pelikat ola la la la ka?"Tanyaku.
"Tak". 

"Nah, Buat selimut". Aku menguhulurkan selimut versi kain pelikat yang tak berapa nak selimut kepadanya.
Dia mengambil lalu terus membungkus dirinya dengan kain pelikat hikmah aku itu.
Selepas itu terus kami menyambung sesi tidur berjemaah itu.

Akhirnya..Bas berhenti di Hentian MBKT Kuala Terengganu. Penumpang-penumpang lain turun.

"Terima kasih ya".


Aku berharap supaya Allah mempermudahkan segala urusanya dan menjaga keluarganya di Indonesia sana.

Pengajaran ; Hormatilah orang lain.

1 comment:

  1. bagus memberi bantuan kepada org lain..sila lah ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete