Thursday 23 February 2012

Mood


Mood. Tajuk entry ntuk kali ini. Tapi sebelum itu suka kiranya ana memberitahu kepada anta satu rahsia. Boleh kan? Mood ana sekarang agak tidak stabil. Mungkin kerana minggu pertama kuliah di Upsi ini salah satu faktornya. Mana tidaknya, minggu pertama sudah diberikan 'assignment' yang bukan satu atau dua, tapi banyak. Mungkin juga kerana hari pertama masuk kelas BI, ana sudah dilabel 'vip' oleh lecturer akibat masuk kelas lambat. Padan muka.

Tambahan pula memikirkan soal duit yang tidak bertambah-tambah. Makin kurang adalah. Duit mengalir ibarat air terjun di lubuk Tapah yang mengalir dengan lajunya. Semua benda nak pakai duit. Beli baju pakai duit. Beli kasut pakai duit. Beli buku sahaja special sikit sebab boleh pakai duit ataupun baucar!

Balik pasal mood tadi. Apa mood atau emosi anda sekarang? Suka,seronok ? Atau sedang berdukacita, berdukalara, sedih? Ataupun tiada perasaan langsung. Masing-masing ada jawapannya sendiri. Jadi apa yang membuatkan mood anda menjadi sedemikian? Kalau gembira mengapa anda gembira? Gembira kerana rasa gembira?  Kalau sedih mengapa sedih?ce cite ce cite..

Jom kita tengok apa yang mempengaruhi mood seseorang itu. Pertamanya mood seseorang menjadi begitu begini kerana kesihatan. Kita akan rasa gembira kalau kita sihat dan sebaliknya. Bayangkan kita sakit perut, adakah kita seronok? Mestilah rasa tak seronok kan. Rasa nak belasah kambing jiran je. Apa yang dibuat serba tak kena. Buat itu tak kena. Buat ini tak kena. Dan kalau kita sihat, segala yang dibuat terasa bersemangat. Rasa teruja!

Keduanya mood juga dipengaruhi oleh dorongan. Dorongan ini bermaksud kita mempunyai 'sesuatu atau seseorang' yang membuat kita bersemangat dan ber 'mood' baik. Mungkin ianya kawan-kawan yang selalu disisi memberi kata perangsang. Bayangkan kalau kita sedang bersedih atas pemergian kucing tercinta, kawan-kawanlah yang memberi ungkapan-ungkapan yang boleh mententeramkan hati kita.

Ketiganya persekitaran kita. Bayangkan kita berada di surau atau perpustakaan, sudah tentunya kita berasa tenang dan rileks. Kerana di situ tempat yang mulia lagi baik. Bayangkan kita berada di tengah pekan dengan bunyi kereta dan motosikal, cuba kita pergi ke atas divider di tengah jalan itu. Kemudian buka buku ekonomi dan study. Boleh tak? Kalau boleh ana rasa anta antara orang yang unik di dunia ini.

No comments:

Post a Comment