Kadang-kala kita tidak bersemangat untuk membuat sebarang pekerjaan. Semua benda yang kita buat rasa serba tak kena. Seperti ada sesuatu yang hilang. Tapi tak pula kita tahu apa benda yang hilang itu. Sudah menjadi lumrah, kadang-kadang, teman yang dicari tidak pula ditemui. Tetapi percayalah dalam hati. Kita masih punya Dia. Dialah tempat untuk kita mengadu. Dia ada di mana-mana. Dialah Allah, Tuhan sekalian alam.
Teman ku percayalah. Belum tiba lagi masanya untuk mu, merasa nikmat yang kau mahu nikmati itu. Mungkin itu yang sebelum ini, bukan tercipta untuk mu. Akan tetapi janganlah kau putus asa dengan rahmat Tuhan yang maha Esa.
Sekuat mana pun dugaan yang kau hadapi, sekukuh manapun cubaan yang kau depani, sebesar apapun kegagalan yang kau rasai, sesudah manapun hari hari yang kau lalui, jangan pernah berhenti berharap pada Allahu Rabbi. Kerana Dia yang paling kuat, Dia yng paling besar, Dia yang paling kukuh. Teruskan berdoa kepadaNya.
Sesuatu yang kau tunggu itu pasti ada. Tiba saat dan ketikanya, pasti kau juga akan merasa nikmat yang kau cari itu. Kadang-kala aku terfikir, apakah betul setiap tindakan yang aku ambil? Bolehkah begini? Bolehkah begitu? Andai begitu apa ceritanya? Andai begini apa jadinya? Persoalan yang kadang-kala tak terjawab, sepi.
Buat kau wahai temanku, buat ingatan, buat sempadan. Buat kau juga wahai diri ku, agar kau sematkan dalam ingatan. Kuatkan semangat teruskan perjuanganmu, jangan mudah mengalah, jangan berputus asa.
jangan berputus asa..insyAllah Dia tolong :)
ReplyDeletetq..amin
Deletesentiasa amalkan ni D.U.I.T
ReplyDeleteD- Doa
U-Usaha
I-Ikhtiar
T-Tawakal
singgah sini lagi jenguk adik saifullah :)
insyaallah...tq akak Myra...
ReplyDelete