Friday 24 February 2012

Semangat Untuk Teman

Kadang-kala kita tidak bersemangat untuk membuat sebarang pekerjaan. Semua benda yang kita buat rasa serba tak kena. Seperti ada sesuatu yang hilang. Tapi tak pula kita tahu apa benda yang hilang itu. Sudah menjadi lumrah, kadang-kadang, teman yang dicari tidak pula ditemui. Tetapi percayalah dalam hati. Kita masih punya Dia. Dialah tempat untuk kita mengadu. Dia ada di mana-mana. Dialah Allah, Tuhan sekalian alam.





Teman ku percayalah. Belum tiba lagi masanya untuk mu, merasa nikmat yang kau mahu nikmati itu. Mungkin itu yang sebelum ini, bukan tercipta untuk mu. Akan tetapi janganlah kau putus asa dengan rahmat Tuhan yang maha Esa.


Sekuat mana pun dugaan yang kau hadapi, sekukuh manapun cubaan yang kau depani, sebesar apapun kegagalan yang kau rasai, sesudah manapun hari hari yang kau lalui, jangan pernah berhenti berharap pada Allahu Rabbi. Kerana Dia yang paling kuat, Dia yng paling besar, Dia yang paling kukuh. Teruskan berdoa kepadaNya.

Sesuatu yang kau tunggu itu pasti ada. Tiba saat dan ketikanya, pasti kau juga akan merasa nikmat yang kau cari itu. Kadang-kala aku terfikir, apakah betul setiap tindakan yang aku ambil? Bolehkah begini? Bolehkah begitu? Andai begitu apa ceritanya? Andai begini apa jadinya? Persoalan yang kadang-kala tak terjawab, sepi.

Buat kau wahai temanku, buat ingatan, buat sempadan. Buat kau juga wahai diri ku, agar kau sematkan dalam ingatan. Kuatkan semangat teruskan perjuanganmu, jangan mudah mengalah, jangan berputus asa.

Thursday 23 February 2012

Mood


Mood. Tajuk entry ntuk kali ini. Tapi sebelum itu suka kiranya ana memberitahu kepada anta satu rahsia. Boleh kan? Mood ana sekarang agak tidak stabil. Mungkin kerana minggu pertama kuliah di Upsi ini salah satu faktornya. Mana tidaknya, minggu pertama sudah diberikan 'assignment' yang bukan satu atau dua, tapi banyak. Mungkin juga kerana hari pertama masuk kelas BI, ana sudah dilabel 'vip' oleh lecturer akibat masuk kelas lambat. Padan muka.

Tambahan pula memikirkan soal duit yang tidak bertambah-tambah. Makin kurang adalah. Duit mengalir ibarat air terjun di lubuk Tapah yang mengalir dengan lajunya. Semua benda nak pakai duit. Beli baju pakai duit. Beli kasut pakai duit. Beli buku sahaja special sikit sebab boleh pakai duit ataupun baucar!

Balik pasal mood tadi. Apa mood atau emosi anda sekarang? Suka,seronok ? Atau sedang berdukacita, berdukalara, sedih? Ataupun tiada perasaan langsung. Masing-masing ada jawapannya sendiri. Jadi apa yang membuatkan mood anda menjadi sedemikian? Kalau gembira mengapa anda gembira? Gembira kerana rasa gembira?  Kalau sedih mengapa sedih?ce cite ce cite..

Jom kita tengok apa yang mempengaruhi mood seseorang itu. Pertamanya mood seseorang menjadi begitu begini kerana kesihatan. Kita akan rasa gembira kalau kita sihat dan sebaliknya. Bayangkan kita sakit perut, adakah kita seronok? Mestilah rasa tak seronok kan. Rasa nak belasah kambing jiran je. Apa yang dibuat serba tak kena. Buat itu tak kena. Buat ini tak kena. Dan kalau kita sihat, segala yang dibuat terasa bersemangat. Rasa teruja!

Keduanya mood juga dipengaruhi oleh dorongan. Dorongan ini bermaksud kita mempunyai 'sesuatu atau seseorang' yang membuat kita bersemangat dan ber 'mood' baik. Mungkin ianya kawan-kawan yang selalu disisi memberi kata perangsang. Bayangkan kalau kita sedang bersedih atas pemergian kucing tercinta, kawan-kawanlah yang memberi ungkapan-ungkapan yang boleh mententeramkan hati kita.

Ketiganya persekitaran kita. Bayangkan kita berada di surau atau perpustakaan, sudah tentunya kita berasa tenang dan rileks. Kerana di situ tempat yang mulia lagi baik. Bayangkan kita berada di tengah pekan dengan bunyi kereta dan motosikal, cuba kita pergi ke atas divider di tengah jalan itu. Kemudian buka buku ekonomi dan study. Boleh tak? Kalau boleh ana rasa anta antara orang yang unik di dunia ini.

Thursday 16 February 2012

Kahwin Cepat-Cepat

Sebut pasal kahwin, nikah, berlaki, berbini semua orang nak. Tanyalah siapa siapa pun. Si mamat, Berahim, Deraman, Jusoh, Ani, Lijah, Jenab atau Wok sekalipun siapa-siapa sahaja kepingin mahu kahwin. Kahwin itu suatu perkara yang seronok. Bayangkan betapa seronoknya bila dah ada suami atau betapa seronoknya bila dah ada isteri. Perasaan memiliki dan dimiliki itu. Seronoknya suami isteri ini batasnya amat jauh yang boleh kita rasai selagi yang dibenarkan agama.


Dengan berkahwin kita akan ada teman yang halal untuk melakukan segala-gala, dari makan, tidur, berjalan-jalan, tengok wayang, piknik dan sebagainya. Bayangkan kalau sebelum ini kita pergi ke pekan atau bandar seorang diri ataupun dengan kawan-kawan, kita mungkin seronok dengan kawan-kawan ketika itu, apabila di rumah kita seorang diri.

Berbeza apabila kita berkahwin, kita boleh berjalan-jalan bersama 'si abang' atau 'si ayang'  ke mana sahaja bila bila masa yang kita sukai hatta pukul 4 pagi sekalipun, dan apabila berjalan pegang tangan pula, terus dapat pahala. Seronok kan? Itu baru pegang tangan.

Apabila berkahwin juga, akan ada orang yang sentiasa bersama kita waktu senang, susah, kacak, buruk, selekeh, tak cun (bangun tidur esp.), kaya, pokai, gembira, duka dan sebagainya. Bayangkan kalau sebelum ini kita bangun tidur, buka mata, benda pertama yang kita lihat bantal bucuk atau teddy bear di sebelah kita.

Tapi selepas kahwin, keadaannya berbeza. Apabila bangun tidur, kita akan dapati ada seorang manusia  yang istimewa di sebelah kita iaitu suami atau isteri kita. Waktu itu bolehlah kita tenung wajahnya puas-puas dan menyedari bahawa betapa 'cute'nya muka suami/isteri kita.


Selain itu, bila sahaja kita kahwin adanya isteri atau suami yang akan mengimbangi kekurangan diri kita, seterusnya melengkapkan diri kita untuk menjadi seorang yang kuat dan bersemangat. Suami isteri yang bersikap bertentangan adalah yang terbaik. Contoh, apabila seorang suami penyabar, selalunya akan dapat isteri yang garang seperti singa. Dalam masa yang sama isteri akan terjangkit lalu terdidik sifat sabar. 

Dengan berkahwin juga. kita akan dapat lagi bonus iaitu PELUKAN dan CIUMAN dari si dia. Dua perkara ini adalah anugerah untuk orang yang berkahwin sahaja! Melalui pelukan dan ciuman jiwa kita akan sangat rileks, tenang dan gembira, malah jika selalu diamalkan akan menjadi awet muda dan berseri-seri!

Bayangkan apabila si abang sedang bersiap ke tempat kerja, si isteri tolong memakaikan tali leher untuk si abang. Si isteri mengambil tangan si abang dan menciumnya. Si abang pula membalasnya dengan ciuman  dahi isterinya tanda cinta dan sayang yang tidak terhingga . Seronok kan? 

Yang terakhirnya, dengan berkahwin kita akan dapat zuriat. Jika berkahwin adalah 10 kali ganda bahagia daripada bercinta, memiliki seorang anak pula akan memberi lebih lagi kebahagiaan kepada kita. Kita akan dapat kepastian yang tidak berbelah bahagi tentang kasih sayang dan kesetiaan suami/isteri kita. Kalau bercinta, hakikatnya kita belum pasti dia betul-betul setia selagi dia tidak mengahwini kita.

Pendek kata, apabila kita telah cukup kemampuan baik dari segi zahir mahupun batin, dan mempunyai keinginan untuk berkahwin, jangan tunggu semakin lama lagi. Kahwin cepat-cepat!

Monday 6 February 2012

Bumi Itu Bulat

"Bumi itu bulat" kata sepupuku.

Kelmarin aku dan family besar yang merangkumi keluarga aku, keluarga sebelah bapa saudaraku, keluarga sebelah ibu saudaraku, sepupu sepapan, cucu cicit cuek dan cottek, orang tua-tua berpengalaman, sahabat handai dan beberapa orang kampung serombongan telah ke Dungun Darul Terengganu. Tujuannya satu. Merisik bunga di Taman Mak Lijah.

Perjalanan melalui jalan pantai mengambil masa satu jam setengah untuk sampai ke Kampung Mak Lijah, Dungun. Presiden keluarga aku merangkap ketua keluarga memandu kereta dari KTrengganu hinggalah sampai ke Dungun membuatkan aku hanya duduk bermegah-megah  dalam kereta. Sesekali Mak aku dan adik-adikku yang duduk di bahagian belakang 'bertumbuk' membuatkan suasana dalam kereta riuh rendah.

Dua belas buah kereta menuju ke rumah pihak perempuan dengan kereta sepupu aku yang akan bertunang berada di hadapan sebagai Imam. Teruja benar dia.


Kira-kira jam 11, rombongan sampai. Beberapa orang cewek kelihatan membawa beberapa dulang berisi hantaran yang salah satunya kain batik. Keluarga pihak perempuan mempelawa pihak lelaki masuk ke dalam rumah dengan tertib sekali. Adat orang Melayu memang bersopan santun. Setelah selesai bacaan doa, acara yang dinanti-nantikan tiba iaitu makan. Aku yang ketika itu duduk bersebelahan dengan sepupu yang bertunang cuba mengusiknya sambil berharap agar tidak ditumbuk olehnya.

"Sedaplah mung ekgi,
"Gane mung buleh jupe nge yer,mu kije Kuantan kang"? aku tanya kepada sepupu.

Dengan simple dan sweetnya dia menjawab
"Bumi itu bulat". Sambil menunjukkan isyarat tangan bulatnya.

Aku mengiyakannya sambil tersenyum. Aku pelawa dia yang  agak kemalu-maluan itu. Aku ajak dia dia ajak aku. Kami pun ke meja makan. 



Dalam perjalanan balik giliran aku pula memandu selaku Naib Presiden keluarga. Oleh kerana masa masih awal, sempatlah singgah di Pantai Batu Buruk. Apa-apa pun aku mendoakan sepupu dan pasangannya itu akan berbahagia apabila menjadi suamistri yang sah nanti!amin...

Saturday 4 February 2012

apam polkadot


Assalamualaikum w b t, selamat malam dot.dot
apam polkadot.  Itu tajuk entry ntuk kali ini. Kalau sebelum ni pasal jeput bawang yang aku bikin sendiri, kali ini nak share plak pasal apam polkadot. dot. Tapi bukan pasal resepi atau ramuan hatta cara-cara ntuk buat apam polkadot, aku belum belajar lagi doo Tapi rasanya hari ini atau malam ini aku rasa beruntung sebab dapat menikmati apam polkadot yang telah aku impikan sekian lama hehe. Ceritanya begini dot.dot

Petang tadi aku terima mesej dari seorang saem aku. Naema namanya. Jujur  cakap orangnya baik sekali .(puji sket lepas kenyang makan apam). Dapatlah mesej dari si dia. "syed, ade pogramm npe ptg ni?". Masa itu aku sedang dalam alam mimpi kot. Mungkin juga seperti katanya "Aiyaaa, Tdo mati!"

' syed,bz kah?Sy nak jpe awk jp ptg ni.huhu".Mesej kedua pula" 


Apa yang penting sangat nak jumpa. Aku berbisik dalam hati. Mungkin ia penting sebabnya dia susah nak jumpa aku sebelum ini. Dia rindu kat aku ke hehe..

Pendek cerita janji ntuk berjumpa di skol. Aku menunggu dia di busstop. adakah patut? Kemudian sampai, menengung, buat-buat telefon orang, control macho, tunggu dalam 5minit dia pun datang. Mak aih makin lawa dia ni.(nanti kuih lain pula yer Naema huhu) .Dia pun berikan aku satu bag kecil  pink kaler. Pada mulanya aku ingatkan bag itu ntuk diberikan kepada seorang yang lain. Kiranya aku ini menjadi orang tengah. Kami sahaja yang tahu. Tapi tak sangka pula ianya ntuk aku. Alah alang-alang berjumpa, aku dan dia pun mulalah buat tahi mulut. Dia tanya aku aku tanya dia. Dia senyum aku suka.

Sampai di rumah setelah balik dari pasar, aku buka bag kecil itu. Ternyata ianya apam polkadot! Aku ingatkan nasik goreng ikan masin. Terus tunjuk kat mak aku dan budak-budak halus. Pelawa mereka makan. Mereka makan aku pun makan. Adik aku makan satu aku makan empat, Mak ai.Sedapnya. Intinya blueberry! Pandai Naema buat. Boleh buat nantu ni mak aku cakap hehe..
Apa-apa pun, aku  sukakannya. Adik-adik aku suka, nak-nak yang kecil ni. 


Trima kacey yer Naema